RSS Feed

Ilmu Roda Putaran Ba

Posted by Tenteraangin Labels:

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam bab ini, akan diterangkan mengenai ilmu roda putaran Ba. Ilmu ini digunakan untuk membuatkan poket agar tidak pernah kering dari duit. Ini bukanlah ilmu untuk menjadi kaya sekelip mata, tetapi hanyalah usaha untuk memberkatkan duit yang sedia ada. Terpulang pada ALLAH yang Berkuasa. Tatacara untuk membuat ilmu ini ialah :-


  1. Baca Alfatihah sekali, selawat 11 kali dan istighfar 11 kali
  2. Lukiskan rajah roda bulatan ba dari Asma ALLAH yang bermula dari huruf Ba
  3. Lukis atas kain
  4. Gembol dan jahit kain tersebut 
  5. Selang selikan menyebut LAILAHAILLAH dan MUHAMMADAN RASULULLAH setiap cucukan jarum
  6. Selesai sahaja habiskan, baca surah AL Kursi sebagai penutup
  7. Letakkan kain tersebut di dalam poket.
Selesai sahja bertawakkallah pada ALLAH. Biar lah ALLAH yang menentukan sumber rezeki kita. 

Rajah Roda Putaran Ba


Ilmu Pelindung Api

Posted by Tenteraangin Labels:

Bismillahirrahmanirrahim,


Ilmu ini digunakan untuk melindungi rumah atau diri dari bahaya api kebakaran. Semoga ALLAH memberkati usaha kita. Tatacara adalah seperti berikut. 



  1. Baca Al Fatihah sekali, selawat 11 kali istighfar 11 kali.
  2. Kemudia tulis Doa Nabi Ibrahim seperti di gambar di atas kain.
  3. Gembolkan kain dan jahit mati. 
  4. Setiap tusukan jarum diselang selikan dengan LAILAHAILLAH dengan MUHAMMADAN RASULULLAH
  5. Selesai saja, baca ayat kursi sekali,
  6. Gantung di pintu rumah.
Secara sejarahnya, doa ini dibaca oleh Nabi Ibrahim ketika dicampak ke dalam api oleh Raja Namrud. Doa Nabi Ibrahim juga boleh di padankan dengan Khatamun Nubuwah.

Gambar Khatamun Nubuwah dengan Rajah Doa Nabi Ibrahim





Selesai sudah Ilmu Pelindung APi

Ilmu Menyumpah Kawasan.

Posted by Tenteraangin Labels:



Bismillahirrahmanirrahim

Kali ini saya akan mengajar sebuah ilmu yang agak bahaya. Ilmu ini digunakan untuk menyumpah satu petak kawasan agar sesiapa yang memasuki kawasan tersebut akan merasa sakit-sakit seluruh badan. Ilmu ini digunakan untuk memberi peringatan kepada orang zalim terhadap perbuatan dia dan membuatkan dia bertaubat lantas menjadikan dia ahli Syurga. 

Ilmu ini memerlukan anda mengesahkan orang tersebut benar-benar zalim. Bukan zalim atas persepsi anda sendiri. Mestilah disokong oleh persepsi masyarakat dan orang-orang yang dipercayai. Apabila sudah mengesahkan bahawa dia seorang zalim, baharulah praktikkan perkara dibawah :-

                           


  1. Membaca Al Fatihah sekali, selawat 11 kali, istighfar 11 kali..
  2. Tuliskan Surah Ar Rum dari awal hingga akhir dengan berbaris di atas kain putih.
  3. Masukkannya dalam sebuah botol kaca .
  4. Tutup botol kaca tersebut sambil baca ayat kursi. 
  5. Masuk ke laman rumah orang zalim tersebut 
  6. Tanamkan botol tersebut di laman rumah dia. 
Diingatkan, apabila si zalim sudah berubah, lekas-lekas keluarkan botol ini dari laman rumahnya. Bimbang jika sakitnya berterusan walhal dia sudah insaf, anda akan menanggung dosa yang berat. Selesai sudah, bertawakkallah pada ALLAH yang Satu..

Selesai bab Ilmu Menyumpah Kawasan


Ilmu Jubah Takathur

Posted by Tenteraangin Labels:



Bismillahirrahmanirrahim

Pada kali ini saya akan menerangkan mengenai ilmu Jubah Takathur.Ilmu Jubah Takathur digunakan oleh orang dahulu kala untuk menarik rezeki yang berkat atas izin ALLAH. Ini adalah salah satu usaha kita dalam mencari rezeki yang berkat. Tatacara Ilmu Jubah Takathur seperti dibawah.


  1. Sediakan sehelai baju yang halal, dan sebaldi air yang halal. 
  2. Pilih satu kawasan yang bertanah yang suci dari najis. 
  3. Letakkan baju tersebut tinggi dari tanah seperti letak di atas jaring.
  4. Bacakan surah At Takathur sebanyak 35 kali pada air dalam baldi tersebut. 
  5. Jirus air tersebut di atas pakaian. 
  6. Keringkan baju tersebut dan pakailah ia.
Selepas selesai, bertawakkal agar ALLAH berikan apa yang kita hajatkan. Boleh sahaja buat kepada baju-baju yang lain. Semoga ALLAH membantu kita semua. 

Selesai sudah ilmu Jubah Takathur.

Ilmu Penunduk Orang Zalim

Posted by Tenteraangin Labels:



Bismillahirrahmanirrahim

Pada kali ini saya akan mengajarkan pada anda bagaimana untuk menundukkan orang zalim. Orang zalim ni mestilah diistilah sebagai zalim atau jahat dari mata kita dan pandangan orang lain. Bukan persepsi kita sahaja. Ilmu ini lebih kepada ilmu pembungkam mulut. Dengan ilmu ini, kita mampu membuatkan lidah penzalim menjadi kelu. Ikuti tatacara dibawah


  1. Baca Bismillahirrahmanirahim sebanyak 50 kali 
  2. Baca sambil memandang tepat dahi yang berada diantara dua bola mata
Insya ALLAH, selepas kita bertawakkal, si penzalim tidak mampu berkata kerana lidah menjadi kelu. 

Selesai bab Ilmu Penunduk Orang Zalim